
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan masing-masing satu lagi kesalahan tiada lampu brek ketiga serta terbabit kemalangan.
“Siasatan juga mendapati bas terbabit mempunyai rekod 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.
“Bagaimanapun, 16 rekod saman ke atas bas terbabit sudah dijatuh hukum, manakala baki lima saman masih dalam siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu, Yusri berkata, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan, di mana polis dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat serta pihak berkaitan akan menyiasat nahas semalam.
“Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk mendakwa pemandu bas terbabit di mahkamah.
“Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod kesalahan, latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini sepenuhnya.”
Seramai 15 pelajar UPSI maut selepas bas dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke universiti itu melanggar bahagian belakang Perodua Alza, sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat dekat Tasik Banding, Perak, awal pagi semalam.