Polis siasat insiden Shila Amzah diserang

Polis siasat insiden Shila Amzah diserang

Pihak berkuasa berkata individu dikatakan menyerang penyanyi itu masih belum dipanggil.

shila amzah
Shila Amzah mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika latihan konsert. (Gambar Instagram)
KUALA LUMPUR:
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung laporan dibuat penyanyi, Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali Shila Amzah yang mendakwa diserang seorang penyanyi legenda semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata pihaknya telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, Shila telah membuat laporan di IPD Dang Wangi pada 5.31 petang semalam.

“Setakat ini, individu yang dikatakan menyerang penyanyi itu masih belum dipanggil, namun tindakan sedang diambil untuk mendapatkan keterangan daripadanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan kecederaan atau sentuhan secara fizikal.

Semalam, media melaporkan Shila mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.