Kerajaan tingkat keupayaan banteras kehadiran Mossad, kata PM

Kerajaan tingkat keupayaan banteras kehadiran Mossad, kata PM

Anwar Ibrahim berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ambil langkah tambahan.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan ambil berat kehadiran ejen Mossad yang turut menggunakan pasangan Melayu.
PETALING JAYA:
Kerajaan meningkatkan keupayaan membanteras kehadiran ejen perisikan Israel Mossad yang didakwa menjadikan turut menjadi warga tempatan sebagai perantaraan dalam membantu misinya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata selain mengenal pasti kumpulan terbabit, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengambil langkah tambahan.

“Malaysia memang ambil berat soal ini terutama setelah terbukti bukan sahaja kehadiran mereka yang turut menggunakan pasangan Melayu sama ada sebagai ejen atau pun bekerjasama dengan Mossad,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung langkah kerajaan memastikan negara kalis daripada serangan Mossad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.