
Beliau merujuk kepada pasukan petugas khas siasatan kemalangan maut membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pada 13 Mei lalu.
Loke berkata beliau sendiri mencadangkan nama Ahli Parlimen PAS itu yang menunjukkan kerajaan bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu keselamatan jalan raya.
“Saya menghormati beliau sebagai Ahli Parlimen yang profesional dan berfakta. Kita harap ini menjadi contoh kepada Ahli Parlimen lain supaya turut berhujah dengan fakta, secara telus dan berhemah.
“Macam Pasir Mas(Ahmad Fadhli Shaari) itu kena belajar sikit, saya tak lantik sebab dia ‘kurang sikit’,” katanya pada sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan Khairil berkait cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB)
Menjawab soalan itu, Loke berkata kementeriannya sedang merangka dasar menubuhkan lembaga itu yang memerlukan masa panjang untuk dilaksanakan.
“Banyak proses perlu dilakukan perlu dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan keputusan dasar dan ini memerlukan sokongan pelbagai pihak.
“Untuk tubuh MTSB, perlu ada satu birokrasi baharu, pewujudan jawatan baharu dan sebagainya,” katanya.