
Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata perintah reman terhadap mereka dikeluarkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Katanya, perintah reman itu bermula hari ini hingga 11 September.
“Setakat ini siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.
Maslan turut mengesahkan wanita berusia 41 tahun itu bukan ibu kandung kedua-dua mangsa tetapi teman wanita kepada bapa mereka.
“Usaha mengesan ibu kandung mereka sedang dilakukan.
“Status hubungan bapa dan ibu kandung kanak-kanak terbabit masih belum dapat dipastikan, sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad dilapor berkata pihaknya menahan lelaki dan wanita terbabit selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian.
Menurutnya, suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah termasuk empat kes yang masih dikehendaki, malah kenderaan itu mempunyai rekod laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada 2022.