
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata peningkatan itu sejajar keperluan industri berpertumbuhan tinggi yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi.
“Majlis TVET Negara akan memperkukuh ekosistem TVET dengan lebih menyeluruh, termasuk cadangan penggubalan RUU TVET,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Menurutnya, pelbagai inisiatif turut disusun bagi memperluaskan peluang latihan dan pendidikan TVET, khususnya dalam sektor berkeutamaan tinggi seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan semikonduktor.
Katanya, kerajaan juga akan menaik taraf kemudahan institusi TVET seperti membina hangar baharu di Adtec Shah Alam untuk penyelenggaraan kapal terbang dan membina Kompleks Teaching Shipyard TVET Marine di Universiti Malaysia Terengganu untuk bidang maritim dalam menyokong pembangunan ekonomi biru.
Selain itu, sebuah kolej vokasional baharu akan dibangunkan di Sabah.