PRN Sabah: Permohonan undi pos dibuka Isnin

PRN Sabah: Permohonan undi pos dibuka Isnin

Permohonan itu antaranya libat anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, dan petugas media.

SPR berkata pemilih yang layak dan berhasrat mengundi pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRN Sabah ke-17 akan dibuka bermula Isnin ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus, berkata permohonan itu bagi semua kategori iaitu kategori 1A melibatkan anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR dan petugas media.

“Permohonan juga termasuk kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan kategori 1C (agensi/organisasi). Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myspr.spr.gov.my.

“Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan dimaklumkan kelak.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut, mereka terlibat boleh menghubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7218.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.