22 Mei keputusan permohonan ke UA, IPTA, Mara BPT

22 Mei keputusan permohonan ke UA, IPTA, Mara BPT

Kementerian Pendidikan Tinggi berkata tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian tak dibenarkan.

pelajar universiti
Kementerian Pendidikan Tinggi maklumkan keputusan kemasukan peringkat sijil, asasi dan diploma Sesi Akademik 2026/2027 boleh disemak mulai 12 tengah hari 22 Mei hingga 5 petang 31 Mei. (Gambar fail)
PUTRAJAYA:
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan bagi kemasukan peringkat sijil, asasi dan diploma Sesi Akademik 2026/2027 boleh disemak mulai 12 tengah hari pada tarikh berkenaan hingga 5 petang 31 Mei.

Menurut kenyataan itu, keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my; atau melalui aplikasi mobile UPUPocket pada telefon pintar; atau melalui aplikasi mobile MyGov.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan Mara BPT tidak dibenarkan.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 23 hingga 31 Mei di laman web UA, IPTA dan Mara BPT, dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada yang berjaya mulai 23 Mei ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 22 Mei hingga 5 petang, 31 Mei.

Rayuan ke Kolej Komuniti pula boleh dihantar terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.