
Ia membabitkan pelajar tingkatan satu hingga empat Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dan Machang, Kelantan.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mat Lazim Mohammad, berkata pelajar dan guru tingkatan lima bagaimanapun masih berada di sekolah namun mereka perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Tambahnya, tempoh PdPR itu bergantung kepada situasi semasa wabak berkenaan, atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri.
“Kes pertama dikesan di Sekolah Menengah Sains Machang pada 5 dan 6 Oktober, diikuti Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh pada 7 Oktober.
“Mengikut data, seramai 51 pelajar Sekolah Menengah Sains Machang mengalami simptom influenza, lapan daripada adalah pelajar tingkatan lima,” katanya, menurut Kosmo!.
Selain itu katanya, seramai 59 pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh menunjukkan simptom jangkitan influenza.
“Seramai 34 daripadanya terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.