Rakyat Sabah ke peti undi 29 Nov

Rakyat Sabah ke peti undi 29 Nov

Daftar pemilih terkini mengandungi 1,784,843 orang pemilih, yang akan mengundi bagi mengisi kekosongan 73 kerusi DUN.

SKJC Khing Ming KKB PRK
SPR menetapkan undi awal pada 25 Nov dan 15 Nov untuk penamaan calon sempena PRN Sabah ke-17.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 29 Nov sebagai tarikh untuk pengundi Sabah memilih wakil rakyat dan kerajaan.

Kempen akan berlangsung selama 14 hari, seusai penamaan calon yang jatuh pada 15 Nov.

Bagi mereka yang mengundi awal, peluang mereka akan dibuka pada 25 Nov.

DUN Sabah diumumkan bubar pada 6 Okt lepas.

Daftar pemilih terkini mengandungi 1,784,843 orang pemilih, yang akan mengundi bagi mengisi kekosongan 73 kerusi DUN.

Daripada angka tersebut, 11,697 orang terdiri daripada tentera serta pasangan, dan 12,729 orang polis serta pasangan.

Urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, yang bermula pada 13 Okt, akan ditutup pada:

  • 12 Nov bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media)
  • 21 Okt bagi kategori 1B (warganegara yang tinggal di luar negara)
  • 21 Okt bagi kategori 1C (agensi atau organisasi)

Permohonan undi pos bagi semua kategori di atas dilaksanakan secara dalam talian.

Bagi mengendalikan proses pilihan raya, SPR melantik 25 pegawai pengurus pilihan raya dengan dibantu 196 penolong pegawai pengurus serta 33,002 petugas.

“Sebanyak 882 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi/saluran dan 58 pusat mengundi awal yang mengandungi 87 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 dengan 3,645 tempat mengundi/saluran,” kata Pengerusi Ramlan Harun pada sidang media di Kota Kinabalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.