
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tiada menetapkan syarat tambahan baharu mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat kelayakan calon untuk bertanding PRN Sabah ke-17.
SPR memaklumkan maklumat yang disebarkan menerusi WhatsApp berkenaan syarat tambahan adalah palsu.
“Maklumat tersebut adalah palsu. Harap maklum,” katanya di Facebook.
SPR menetapkan 29 Nov sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.