
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Keramat Masawi Salleh mengesahkan menerima pencalonan Shah Alfie Yahya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Jeffery Noor Mohamed (Barisan Nasional (BN)), Farish Adamz Shah (Perikatan Nasional), Firdaus Diun (Warisan).
Segarah Miasin (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Mahadthir Asbollah (Parti Impian Sabah), Mil Kusin Abdillah (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Rosday Wasli (Upko).
Saifullah Phang (Bebas), Azni Salleh (Star) dan Jasni Matlani (Parti Bumi Kenyalang).
Shah Alfie adalah adik kepada Shahelmey yang menang kerusi itu dengan majoriti 1,124 pada PRN 2020.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu membuat keputusan tidak bertanding, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putatan.
Sebelum ini, Shahelmey berteka-teki apabila ditanya sama ada mahu bertanding atas tiket GRS bagi kerusi yang disandangnya sejak 2020 itu selepas Umno Sabah enggan menamakannya berikutan penggantungan keahlian, selain didakwa mengkhianati parti.
Jika beliau bertanding sebagai calon selain dari BN, Shahelmey perlu melepaskan kerusi Parlimen Putatan selaras dengan undang-undang akta antilompat parti.