
Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata seramai 74 bertanding sebagai calon bebas, manakala Warisan adalah satu-satunya parti yang meletakkan calon di semua 73 kerusi yang dipertandingkan.
Parti Impian Sabah mempertaruhkan 72 calon, diikuti Gabungan Rakyat Sabah (55), Parti Solidariti Tanah Airku (46), Barisan Nasional (45), Perikatan Nasional (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (40), Upko (25), Pakatan Harapan (22) dan Parti Kebangsaan Sabah (20), katanya dalam kenyataan.
Parti-parti lain meletakkan kurang daripada 20 calon, iaitu Parti Kerjasama Anak Negeri (17), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (16), Parti Bumi Kenyalang (14), Parti Rumpun Sabah (tujuh), Parti Maju Sabah (enam), Parti Damai Sabah dan Perjuangan Rakyat (masing-masing lima).
Ini diikuti oleh Pertubuhan Gemilang Anak Sabah, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan masing-masing tiga calon, serta Pejuang, Parti Bersatu Sasa Malaysia dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah dengan seorang calon masing-masing.
Senarai penuh calon terdiri daripada 525 lelaki dan hanya 71 wanita.
Akan terdapat pertembungan 14 penjuru, yang tertinggi dalam pilihan raya ini, yang akan berlaku di Tulid.
Turut berlangsung ialah 13 pertandingan enam penjuru, 10 pertandingan sembilan dan tujuh penjuru, sembilan pertandingan 10 penjuru, lapan pertandingan lapan dan lima penjuru, serta enam pertandingan 11 penjuru.
Hanya terdapat empat pertandingan 13 penjuru, serta dua pertandingan 12 penjuru dan empat penjuru.
Calon paling tua ialah Thomas Anggan, 86, dari Parti Kebangsaan Sabah, yang bertanding di Bingkor, manakala calon paling muda ialah Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, dari parti yang sama tetapi bertanding di Silam.
Seramai 1,784,843 pengundi Sabah layak mengundi. Pengundian awal akan diadakan pada 25 Nov manakala hari pengundian adalah pada 29 Nov.