Sistem panggilan kecemasan baharu NG999 beroperasi hari ini

Sistem panggilan kecemasan baharu NG999 beroperasi hari ini

Orang ramai digalak muat turun SaveME999 bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan tepat dan pantas.

Generic ambulance
NG999 menjadi sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan.
KUALA LUMPUR:
Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi hari ini, menggantikan sistem Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999).

Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan, melalui mesej ringkas (SMS) yang dihantar sejak semalam.

“Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan,” menurut SMS berkenaan.

NG999 adalah sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan, sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.

Pada 1 Julai tahun lalu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.

Beliau berkata, sistem NG999 diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding jumlah lokasi di bawah MERS999 sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.