
Di Perak, jumlah mangsa turun kepada 1,021 orang daripada 291 keluarga di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berbanding 1,280 orang daripada 376 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Hilir Perak tertinggi dengan 465 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (221).
Keadaan sama di Selangor, apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan daripada 122 orang (49 keluarga) petang tadi kepada 114 orang (45 keluarga) malam ini.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS di Kuala Selangor masih beroperasi.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada 12 keluarga, membabitkan PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai di Raub yang menempatkan 24 orang dan tujuh lagi di di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.