Ambulans tak bunyi siren ketika beri laluan konvoi VIP, kata polis Melaka

Ambulans tak bunyi siren ketika beri laluan konvoi VIP, kata polis Melaka

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata situasi itu menunjukkan ambulans itu tidak berada dalam keadaan kecemasan.

polis priotize vip rather than ambulans
Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah ambulans beratur bersama kenderaan lain di satu persimpangan lampu isyarat bagi beri laluan kepada konvoi VIP.
PETALING JAYA:
Sebuah ambulans dalam video tular didakwa ditahan untuk memberi laluan kepada konvoi VIP sebenarnya tidak berada dalam keadaan kecemasan kerana tidak menghidupkan siren ketika itu, kata Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar.

Dzulkhairi berkata unit trafik dari IPK Melaka dikerahkan pada kira-kira 10.30 pagi semalam untuk mengiringi 18 bas yang membawa delegasi promosi pelancongan dari China dari kawasan Tol Ayer Keroh.

Di lampu isyarat di Jalan Taming Sari, pegawai menghentikan kenderaan dari arah pusat bandar dan melencongkan trafik dari arah Ayer Keroh menggunakan siren polis, katanya.

Seorang pegawai melihat ambulans Bulan Sabit Merah di lorong kanan dengan lampu amaran merah dan biru dihidupkan, tetapi siren dan lampu kecemasan tidak dihidupkan.

“Ambulans itu beratur di lorong kanan seperti kenderaan lain, dan pegawai buat penilaian ia tidak berada dalam keadaan kecemasan.

“Jika ia berada dalam keadaan kecemasan, ambulans akan menggunakan lorong kiri dan membunyikan siren untuk meminta laluan daripada kenderaan lain,” katanya.

Dzulkhairi berkata selepas konvoi itu melalui kawasan tersebut, ambulans berkenaan masih tidak bergerak, tetap tanpa siren, berbeza daripada apa yang digambarkan dalam video tular.

Terdahulu, insiden itu mencetuskan kritikan orang ramai selepas video tular itu kelihatan seolah-olah ambulans dihentikan untuk beri laluan kepada konvoi VIP.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem yang dipetik China Press sebagai berkata beliau akan menulis surat kepada Dzulkhairi berhubung perkara itu.

Beliau berkata ambulans perlu sentiasa diberi keutamaan, tanpa mengira kepentingan kenderaan lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.