
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata selaku pengerusi Asean, mesyuarat itu juga bagi mengukuhkan peranan kolektif dalam memelihara keamanan serantau.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook selepas menghubungi rakan sejawat, Perdana Menteri Vietnam Phạm Minh Chính bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau ini, serta usaha bersama untuk memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.
“Dalam pada itu, saya turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Vietnam dalam menangani isu penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU),” katanya.
Anwar berkata kerjasama itu termasuk penyelarasan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan langkah pencegahan.
“Saya yakin bahawa melalui dialog berterusan dan mekanisme sedia ada, isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, tenang dan saling menghormati,” katanya.