
Ketua Polis Daerah Kasim Muda berkata, polis memberkas lelaki terbabit berikutan laporan dakwaan kes penderaan dan mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak.
“Kejadian dipercayai berlaku (semalam) kira-kira 11.55 malam … melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata merbahaya, dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sehubungan itu, Kasim menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi pihak yang terlibat.
“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
Menerusi klip video yang tular di media sosial, suspek dilihat memukul setiap pelajar menggunakan topi keledar sebelum menendang beberapa mangsa yang sedang berbaris di luar premis perniagaan terbabit.