AS mahu Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai KL

AS mahu Kemboja, Thailand laksana sepenuhnya Perjanjian Damai KL

Ia turut merangkumi mekanisme mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu sempadan.

AS terus gesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Amerika Syarikat (AS) terus menggesa Kemboja dan Thailand menamatkan permusuhan, menarik balik senjata berat, menghentikan pemasangan periuk api serta melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

Timbalan Jurucakap Utama Thomas Tommy Pigott, berkata gesaan itu turut merangkumi mekanisme bagi mempercepat usaha pembersihan periuk api serta menangani isu-isu sempadan.

“Kami mengalu-alukan pemimpin Asean yang berhimpun minggu ini bagi menyokong Kemboja dan Thailand demi menghormati sepenuhnya komitmen mereka dalam menamatkan konflik ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS.

Menteri-menteri luar dan pegawai Asean dijadual berhimpun di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menghadiri mesyuarat khas untuk membincangkan situasi berterusan antara Kemboja dan Thailand.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Asean itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Mohamad Hasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.