
Dalam operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada 2.57 petang itu, sebuah lori dalam keadaan mencurigakan diekori.
Namun, dua individu yang dipercayai sebagai kelindan telah bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran ketika serbuan dilakukan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira 450 kotak yang berisi minyak masak peket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.
“Pihak KPDN menyita sebuah kenderaan bernilai RM45,000 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330kg dengan nilai RM20,825.00 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM65,825,” katanya dalam kenyataan.
Usaha mengesan suspek dilakukan hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian, namun semua individu terbabit gagal dikesan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.