Sultan Selangor harap semangat kasih sayang terus perkukuh perpaduan

Sultan Selangor harap semangat kasih sayang terus perkukuh perpaduan

Dalam ucapan sempena hari Krismas, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap semangat kasih sayang dan saling menghormati akan terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin ucap selamat menyambut hari Krismas kepada semua penganut Kristian, khususnya di Selangor. (Gambar Facebook Selangor Royal Office)
SHAH ALAM:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, mengucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada seluruh penganut agama Kristian, khususnya di Selangor yang meraikannya.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah agar perayaan tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan dan kemakmuran, bersatu padu, serta diiringi kesyukuran bersama keluarga serta masyarakat sekeliling.

“Beta berharap semangat kasih sayang dan saling menghormati yang dizahirkan melalui sambutan Krismas ini, akan terus memperkukuh perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.