
Peletakan jawatan Adun Sanglang itu menyusuli tindakan lapan Adun Perikatan Nasional (PN), termasuk tiga daripada PAS, menarik sokongan terhadap beliau.
Sebelum ini, Shukri sepatutnya memperoleh sokongan enam Adun PAS, manakala lima wakil rakyat Bersatu pula berada di blok pembangkang.
Penarikan sokongan Adun terbabit dikatakan menggugat majoriti mudah Shukri di DUN, yang dikuasai PN, untuk terus menjadi menteri besar.
Semalam Presiden PAS Hadi Awang memaklumkan keahlian tiga Adun berkenaan, iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Speaker DUN Perlis Rus’ele Eizan awal hari ini memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi ketiga-tiga DUN itu, selepas tiga wakil rakyatnya terhenti keahlian PAS.
Shukri sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Isnin selepas mengalami sakit dada sejurus pulang dari lawatan luar negara dan dibenarkan keluar pada keesokan harinya.