
Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, dalam kenyataan berkata suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan pada malam 28 Dis memakai pelitup muka dan mengenakan baju berhud.
“Maklumat kami terima daripada pengawal keselamatan, suspek sebelum itu ada bertanyakan lokasi rumah mangsa dan keluar dari lokasi itu tiga jam kemudian.
“Buat masa ini individu tersebut ialah suspek utama dan pihak polis sedang giat mengesannya untuk membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan dua lelaki tempatan direman bagi membantu siasatan dan menurut Johari pihaknya akan memohon sambungan reman terhadap mereka.
Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia 30-an itu ditikam 12 kali termasuk pada belakang kepala, dada serta leher.