Ibu ditahan disyaki dera anak 5 tahun hingga cedera

Ibu ditahan disyaki dera anak 5 tahun hingga cedera

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata mangsa alami lebam di kepala, telinga, mata, badan, tangan serta kaki, selain hilang gigi depan.

abuse
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata wanita itu direman hingga 8 Jan ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang wanita kerana disyaki mendera anak perempuan kandungnya berusia lima tahun hingga cedera teruk di sebuah rumah di Sentul, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata wanita itu ditahan pada Jumaat lalu selepas menerima satu laporan mengenai kejadian itu pada hari yang sama.

“Ekoran daripada laporan polis yang diterima, kanak-kanak itu diselamatkan dan ibu kandungnya yang berusia 21 tahun ditahan untuk siasatan.

“Mangsa yang mengalami kesan kecederaan teruk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan serta rawatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Fadil berkata hasil pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan lebam bahagian kepala, telinga, mata, badan, tangan serta kaki.

Selain itu, mangsa juga kehilangan gigi di depan, luka di bahagian peha kiri dan kanan, serta bibir yang kering dan berdarah.

Beliau berkata wanita itu direman hingga 8 Jan ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.