Lelaki maut ditembak di Klang

Lelaki maut ditembak di Klang

Siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

garisan polis dilarang melintas
Terdahulu gambar dan maklumat dipercayai berkaitan kejadian tembakan itu tular di media sosial dengan insiden dilaporkan berlaku di lorong antara deretan rumah kedai.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun maut ditembak di Taman Wangsa, Klang, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan, berkata pihakya menerima makluman mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah malam.

Katanya, siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03 33762222 atau ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, gambar serta maklumat dipercayai berkaitan kejadian tembakan itu tular di media sosial, dengan insiden dilaporkan berlaku di lorong antara deretan rumah kedai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.