SPRM kesan cubaan pindah RM2.4 juta berkait kes rasuah tender TDM

SPRM kesan cubaan pindah RM2.4 juta berkait kes rasuah tender TDM

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata wang terbabit dijumpai ketika seorang suspek awam cuba melarikan wang berkenaan dari sebuah rumah ke kediaman lain.

AZAM BAKI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata wang tunai kira-kira RM2.4 juta itu ditemukan hasil maklumat risikan terbaru yang diterima pihaknya semalam.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan cubaan memindahkan wang tunai kira-kira RM2.4 juta yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, wang terbabit ditemukan hasil maklumat risikan terbaru yang diterima pihaknya semalam.

“Wang terbabit dijumpai ketika seorang suspek awam cuba melarikan wang berkenaan dari sebuah rumah ke kediaman lain.

“Pagi tadi saya dimaklumkan mengenai wang yang dirampas, lebih kurang RM2.4 juta dalam bentuk tunai.

“Ini adalah antara wang salah seorang subjek yang terbabit dalam kes ini yang cuba dilarikan dari satu rumah ke rumah lain,” katanya ketika ditemui hari ini, menurut Harian Metro.

Semalam, 17 pengarah syarikat ditahan reman lima hari oleh SPRM kerana disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender projek perolehan itu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.