Jurutera IT didakwa cederakan pekerja restoran

Jurutera IT didakwa cederakan pekerja restoran

Nalinee Kothandabani mengaku tak salah sebabkan kecederaan terhadap Rani Arumugam di di Serdang Raya.

Nalinee Kothandabani mengaku tak salah sebabkan kecederaan terhadap Rani Arumugam di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya.
PETALING JAYA:
Seorang jurutera teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang pekerja restoran makanan segera di Serdang Raya pada 8 Dis lalu.

Nalinee Kothandabani, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Menurut pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kecederaan dengan menumbuk Rani Arumugam, 46, pada jam 4 petang di sebuah restoran makanan segera di Stesen Shell Serdang Raya, bulan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Dinesh Muthal yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia tiga tahun serta perlu menanggung ibu bapa yang sakit kanser dan masalah jantung.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetap 17 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.