
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Rosman Kandau, 24, dijumpai 8.37 pagi tadi di perairan Kampung Terusan Baru, di sini, 3.4 batu nautika tenggara dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Menurutnya, ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi untuk proses pengecaman, sekali gus mengesahkan identiti lelaki itu dengan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan 9 pagi tadi.
Jumaat lalu, seorang lelaki dilaporkan hilang, manakala empat lagi cedera selepas bot penumpang dinaiki mereka bertembung sebuah bot penumpang lain di kedudukan 0.3 batu nautika timur Jeti Pelancongan Semporna.
Ini hari ketiga misi pencarian mangsa membabitkan aset laut pelbagai agensi penguat kuasa, termasuk APMM, polis, tentera, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam.