Pengarah syarikat rugi hampir RM3 juta kena ‘scam’ tawaran kerja

Pengarah syarikat rugi hampir RM3 juta kena ‘scam’ tawaran kerja

Mangsa sebelum itu diperkenalkan dengan perniagaan melalui platform dalam talian oleh kenalan yang dikenalinya melalui WhatsApp pada Mei tahun lalu.

Azli Mohd Noor
Mangsa membuat bayaran ke 18 akaun bank berbeza berjumlah RM2,946,799, kata Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian hampir RM3 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja di platform dalam talian.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 66 tahun itu membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 11.06 pagi semalam.

Katanya, mangsa sebelum itu diperkenalkan dengan perniagaan melalui platform dalam talian oleh kenalan yang dikenalinya melalui WhatsApp pada Mei tahun lalu.

“Mangsa kemudian membuat bayaran ke 18 akaun bank berbeza bermula pada 10 Jun hingga 7 November tahun lalu, berjumlah RM2,946,799.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak dapat memindahkan wang dari platform berkenaan ke akaun bank miliknya,” katanya, menurut Harian Metro.

Menurutnya, mangsa kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Sumber kewangannya adalah wang simpanan sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.