33 sungai dikategori tercemar pada 2025

33 sungai dikategori tercemar pada 2025

Sebanyak 171 dikategorikan sebagai sederhana tercemar, manakala 468 sungai dianggap bersih.

river-pollution
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup berkata 33 sungai yang direkodkan tahun lalu itu dalam pencemaran Kelas III hingga IV, dan tiada Kelas V dilaporkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 33 sungai di seluruh negara dikategorikan sebagai tercemar setakat 31 Dis, meningkat berbanding 25 sungai tercemar yang dilaporkan pada 2023.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup berkata, sebanyak 171 sungai pula diklasifikasikan sebagai sederhana tercemar, manakala 468 sungai atau 70% dianggap bersih.

Bagaimanapun, Kurup berkata 33 sungai yang direkodkan itu dalam pencemaran Kelas III hingga IV, sambil menambah bahawa tiada kes pencemaran Kelas V dilaporkan tahun lalu.

Pada Disember 2024, jumlah sungai tercemar dilaporkan berkurangan daripada 59 pada 2019 kepada 25 pada 2023.

Jumlah sungai bersih ketika itu adalah 486, mencerminkan peningkatan kualiti air sungai pada tempoh itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.