
Hakim Zaki Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Sing Huat selepas mendapati dia bersalah di bawah Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak pada 1 Ogos 2022.
Mahkamah memutuskan Ng gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam pembelaannya.
Dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun lagi, jika gagal membayar denda itu.
Hakim menasihati Ng tidak mengulangi kesalahan itu dan menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan.
“Mereka adalah mangsa senyap,” katanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin, selepas peguam Hasshahari Johari Mawi memberitahu mahkamah, mereka akan merayu keputusan hari ini.
“Penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dibenarkan, tetapi tertuduh perlu membayar denda dan menyerahkan pasportnya sementara menunggu keputusan rayuan,” kata hakim.