
Beliau berkata, dasar kerajaan jelas tidak melarang penternakan babi atau amalan pemakanan orang bukan Islam namun aspek lokasi perlu mengambil kira sensitiviti dan ketenteraman masyarakat.
“Begitu juga mengenai ternakan babi. Ia bukan soal Cina atau Melayu. Saya setuju dengan pandangan tidak harus diteruskan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk tempatan.
“Kalau mahu, cari pilihan tempat yang jauh, boleh teruskan. Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi atau tidak melarang orang bukan Islam makan babi.
“Tetapi (diternak) di kawasan penduduknya yang tidak makan babi termasuk orang Islam, itu tentunya kita tidak galakkan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara.
Anwar berkata biarpun ada teknologi baharu yang menjamin kebersihan seperti di Eropah dan Belanda namun ia tidak harus dibina berhampiran kawasan penempatan yang berisiko mengundang kontroversi.
Bagaimanapun beliau berkata isu kontroversi itu sebaiknya diselesaikan secara harmoni bagi mengelak tercetusnya pertembungan kaum.
“Masalahnya adalah ‘real’, masalah bau, kesihatan, najis dan ia bukan masalah yang direka. Jadi, cari tempat yang ada konsensus.
“Jika di Kuala Lumpur tidak ada, tidak adalah. Kalau di Selangor susah, sukarlah, Jangan cari masalah,” katanya.