Disyaki lindungi syarikat lori, 3 penguat kuasa antara 12 ditahan

Disyaki lindungi syarikat lori, 3 penguat kuasa antara 12 ditahan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata ejen atau orang tengah masukkan wang rasuah ke akaun keldai sebelum dikeluarkan pegawai penguat kuasa.

Deputy Chief Commissioner (Operations), Ahmad Khusairi Yahaya,-2
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata sembilan suspek disyaki ejen dan orang tengah dikesan memberi rasuah RM100 hingga RM4,500 setiap bulan kepada pegawai penguat kuasa JPJ Kuala Lumpur serta Selangor.
PETALING JAYA:
Tiga penguat kuasa antara 12 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kegiatan tonto dan rasuah bagi melindungi pemilik lori di Semenanjung.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, berkata beberapa kediaman dan syarikat di Lembah Klang serta Negeri Sembilan diserbu hari ini kerana disyaki menyimpan dokumen berkaitan pemberian rasuah kepada ejen serta orang tengah yang dipercayai berlaku sejak 2023.

“Seramai 12 suspek yang semuanya lelaki ditahan antara 5.30 hingga 7 pagi tadi menerusi Op Middleman yang dijalankan Cawangan Projek Khas, Bahagian Perisikan SPRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya menurut Berita Harian.

“Sembilan suspek disyaki menjadi ejen dan orang tengah dikesan menawar dan memberi rasuah RM100 hingga RM4,500 setiap bulan kepada pegawai penguat kuasa JPJ Kuala Lumpur dan Selangor sebagai balasan melindungi dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori mereka di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Beliau berkata, siasatan mendapati ejen atau orang tengah akan memasukkan wang rasuah ke akaun keldai dan kemudiannya dikeluarkan pegawai penguat kuasa terbabit.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk dirakam keterangan dan siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.