
PETALING JAYA: Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen kepada RM3.04 seliter bermula esok seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia.
Manakala, harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi turut naik 5 sen kepada RM3.15 dan RM2.59 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga baharu itu berkuat kuasa hingga 4 Mac ini.
Sementara itu, di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal RM2.15 seliter.
Harga RON95 menerusi BUDI95 kekal RM1.99 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.