
Setiausaha Agung Zambry Abdul Kadir, berkata BN juga bersetuju bahawa segala persiapan dan kesiapsiagaan perlu diperkemas dari sekarang bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRN Melaka dan Johor dan PRU akan datang.
Zambry berkata, berpendirian isu sensitif berkaitan kaum dan agama hendaklah ditangani melalui pendekatan musyawarah, kesederhanaan, dan kebijaksanaan politik.
“Pemukiman ini turut menekankan keperluan penjenamaan semula Barisan Nasional agar tampil lebih progresif dan inklusif, dengan meneruskan politik berimbang, moderat, dan berasaskan musyawarah.
“Pembaharuan ini hendaklah selari dengan aspirasi rakyat masa kini tanpa meninggalkan asas perjuangan dan nilai teras gabungan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemimpin BN dalam pemukiman tersebut mahu usaha pengukuhan BN dilaksanakan secara terstruktur dan berdisiplin, serta berpaksikan kepada perkembangan politik semasa.
Zambry, yang juga merupakan menteri pendidikan tinggi, berkata pimpinan BN dalam kerajaan akan terus menggalas amanah
dengan penuh tanggungjawab, memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuh kestabilan dan keberkesanan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan perdana menteri demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Beliau menambah, BN komited memperbaiki kelemahan lampau dan memperkukuh saf kepimpinannya.