Hilman wakil baharu Bersatu ke Majlis Tertinggi PN

Hilman wakil baharu Bersatu ke Majlis Tertinggi PN

Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali berkata ketua sayap Pemuda Bersatu itu akan jana kesegaran dan kecerdasan dalam kepimpinan PN.

hilman
Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham dilantik sebagai wakil parti itu ke Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.
PETALING JAYA:
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju melantik ketua sayap Pemudanya, Hilman Idham sebagai wakil parti itu ke Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali berkata perkara itu antara beberapa isu dibincangkan dalam mesyuarat MPT malam tadi yang dipengerusikan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

“Sebagai seorang tokoh dan pemimpin muda, beliau akan menjana kesegaran dan kecerdasan dalam kepimpinan PN,” katanya dalam kenyataan.

Pemimpin Bersatu lain yang turut menganggotai Majlis Tertinggi PN termasuk Azmin selaku salah seorang timbalan setiausaha agung; Radzi Jidin sebagai pengarah pilihan raya dan Nolee Ashilin Radzi selaku ketua Wanita.

Dalam perkembangan sama, Azmin berkata MPT Bersatu turut bersetuju melantiknya sebagai pengarah pilihan raya parti itu bagi menghadapi PRU dan PRN akan datang.

katanya, sebagai persediaan bilik gerakan utama atau ‘war room’ dengan kelengkapan teknologi moden dan sistem operasi pilihan raya digital menggunakan platform Siber akan mula beroperasi pada 1 Jun ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin memegang jawatan pengarah pilihan raya Bersatu sebelum dipecat daripada parti pada Februari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.