
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan sudah dirakam keterangan termasuk bekas menteri itu.
Katanya, pegawai lain termasuk pegawai tertinggi dari Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).
“Saya tak mahu sebut nama, tetapi seorang bekas menteri telah dipanggil untuk memberi keterangan.
“Siasatan kami dilancarkan selepas satu aduan difailkan membabitkan projek antara kerajaan Malaysia dan syarikat UK Arm Holdings.
“Kami sedang menentukan sama ada terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penipuan atau isu tadbir urus,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, Rafizi Ramli menuduh SPRM menjalankan siasatan bermotif politik terhadapnya.
Ahli Parlimen PKR berkata, dakwaan terhadapnya berhubung dua dasar utama kerajaan – Program Wawasan Silikon dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) – yang menurutnya telah melalui pelbagai lapisan kelulusan kerajaan, termasuk sokongan Jemaah Menteri.
Program Wawasan Silikon membabitkan kerjasama kerajaan dan Arm Holdings untuk mencipta cip semikonduktor pertama negara.
NETR pula menggariskan sasaran peralihan tenaga negara sehingga 2050 dan membabitkan pelaburan besar dalam industri hijau.