Pemandu mabuk rempuh penunggang hingga maut direman 4 hari

Pemandu mabuk rempuh penunggang hingga maut direman 4 hari

Suspek direman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

gavel
Reman empat hari dikeluarkan Majistret Siti Zubaidah Mahat terhadap pemandu kereta yang melanggar penunggang motosikal hingga maut. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu mabuk yang merempuh penunggang motosikal sehingga maut dalam kejadian di Klang semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Klang Selatan, Lim Jit Huey, berkata suspek direman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Reman dikeluarkan Majistret Siti Zubaidah Mahat. Siasatan lanjut kini sedang dijalankan,” katanya, menurut Harian Metro.

Media semalam melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, pagi semalam.

Jit Huey berkata impak pertembungan mengakibatkan mangsa berusia 30-an tercampak di atas kereta berasingan, dalam kejadian sekitar 11.40 pagi itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebuah Honda City dipandu lelaki tempatan lingkungan 20-an dari arah Jalan Raya Barat menuju ke Bandar Klang dipandu laju dan berbahaya.

Menurutnya, pemandu tersebut dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Kejadian menyebabkan mangsa tercampak ke atas Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.