
Bercakap kepada pemberita selepas kuliah, Ahli Parlimen Marang itu berkata keputusan berhubung jawatan berkenaan akan dimuktamadkan selepas perbincangan menyeluruh melibatkan semua parti pembangkang.
Beliau berkata ada masa mencukupi untuk membuat keputusan itu memandangkan sidang Dewan Rakyat hanya akan berlangsung pada Jun, dengan keutamaan ketika ini tertumpu kepada penyelesaikan urusan dalaman parti serta perkara berkaitan Perikatan Nasional.
“Perkara ini perlu dibincangkan dengan semua pihak kerana ia melibatkan semua ahli Parlimen pembangkang bukan hanya satu parti.
“Kita akan mengambil kira pandangan semua parti politik serta ahli Parlimen pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak. Calon perlu mendapat persetujuan semua parti komponen,” katanya.
Setakat ini, jawatan ketua pembangkang masih dipegang Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.