
Asnida yang ditemani peguam dilihat tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM pada 9.50 pagi susulan notis dikeluarkan untuk hadir ke pejabat SPRM baru-baru ini.
Bagaimanapun, tiga lagi anak Daim iaitu Md Wira Dani, Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin difahamkan masih belum tiba di ibu pejabat SPRM setakat 12.30 tengah hari.
Pada 28 Feb, SPRM mengeluarkan notis kesan individu terhadap empat anak Daim berikutan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi diserahkan sebelum ini.
SPRM sebelum ini dilaporkan melaksanakan Op Godfather susulan pendedahan mengenai kewujudan syarikat dan aset luar pesisir dikaitkan dengan Daim, ahli keluarga serta sekutu perniagaan.
Siasatan Op Godfather dilaksana bawah Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.