
KPDN Sarawak memaklumkan, pihaknya menahan kapal itu hasil risikan dan pemantauan sebelum menemukan muatan diesel dianggarkan bernilai RM283,800 yang disimpan di dalam sembilan tangki berlainan.
“Pemeriksaan awal mendapati kapal berkenaan gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan pemilikan dan pengangkutan bahan api itu,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
Menurut KPDN Sarawak, pihaknya akan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain seperti polis dalam membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan, khususnya diesel yang memberikan kesan kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyelewengan subsidi negara,” katanya.
“KPDN Sarawak juga ingin menegaskan kepada pengguna agar mengelakkan pembelian panik kerana bekalan mencukupi dan terkawal,” katanya.