
Asnida didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset daripada agensi anti-rasuah itu.
Beliau didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan sahamnya dalam lima syarikat, iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd, dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada 13 Disember 2023 di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Jika disabitkan kesalahan, Asnida boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda tidak melebihi RM100,000.
Hakim Rosli Ahmad membenarkan Asnida diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkannya menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 21 Mei.
Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mewakili pihak pendakwaan, manakala Asnida diwakili oleh peguam Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au.