Cef mengaku salah rogol anak teman wanita

Cef mengaku salah rogol anak teman wanita

Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun antara 26 dan 28 Feb lalu.

gavel
Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang cef mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya, Februari lalu.

S Kaveendra, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Rembau antara jam 8 pagi dan 10 pagi, antara 26 dan 28 Feb.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh sementara menunggu hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menetapkan 15 Jun ini untuk serahan laporan akhlak dan hukuman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.