
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata (KPM) juga meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan semua institusi di bawah kelolaannya bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh.
“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan.
“Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.
Fadhlina berkata beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.
Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan lemas pada kira-kira 7.30 malam selepas dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka.
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata, tragedi semasa kegiatan berkayak itu dipercayai berpunca daripada ombak dan arus kuat.
Tambahnya, kedua-dua mangsa memakai jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti tersebut.