
SUNGAI PETANI: Polis sedang menyiasat insiden seorang gelandangan berkerusi roda cedera dilanggar sebuah kertea di tengah jalan di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan memberitahu FMT, lelaki itu sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan itu yang dikongsi secara meluas menunjukkan mangsa dilanggar sebuah kereta di tengah jalan Taman Ria, di sini, sejurus selepas 1 pagi.
Hanyan berkata kes itu disiasat atas kesalahan memandu secara melulu.