
Katanya, Yayasan Madani sedang meneliti perniagaan kedai runcit sedia ada untuk dinaik taraf serta menyertai rangkaian Madani Mart melalui proses ‘onboarding’.
“Dengan adanya Madani Mart secara asasnya, ia secara tidak langsung membantu juga peruncit kecil serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Yayasan Madani dalam proses rundingan untuk menjayakan,” katanya kepada FMT, pemerkasaan peruncit kecil bagi memastikan kelangsungan ekosistem PKS kekal menjadi agenda kerajaan.
Dalam pada itu, Fuziah berkata pihaknya maklum akan beberapa isu yang dihadapi peruncit kecil yang memerlukan penyelesaian.
“Isu dengan peruncit kecil ialah tidak boleh pembelian pukal sebab tiada modal dan masalah tiada kemudahan kredit. Selain itu, akses kepada rantaian bekalan yang mampan juga merupakan cabaran bagi mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Yayasan Madani (Operasi Madani Mart), Lutfi Arifin, menerangkan Madani Mart merupakan model perniagaan berasaskan kolaborasi kerjasama awam-swasta sosial.
Katanya, setiap outlet dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan bawah entiti perniagaan.
“Struktur ini memastikan bahawa setiap Madani Mart adalah perniagaan milik usahawan tempatan, bukan milik kerajaan atau yayasan,” katanya.
Katanya, Madani Mart juga beroperasi dalam persekitaran persaingan terbuka, tanpa sebarang monopoli dalam pelantikan pembekal atau pengusaha.
“Pemilihan dibuat berdasarkan keupayaan komersial dan kecekapan operasi serta rantaian bekalan yang efektif dan efisien,” katanya.
Selain itu, model dilaksanakan berteraskan pemilikan perniagaan oleh rakyat, sekali gus membuka ruang kepada usahawan tempatan menyertai sektor runcit moden dalam ekosistem telus, tersusun dan berdaya saing, serta mendapat akses kepada rantaian bekalan yang mampan.
Sebelum ini, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menggesa kerajaan memperhalusi pelaksanaan inisiatif Madani Mart dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan peruncit kecil sedia.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Mohammad Syahnis Salleh, berkata pendekatan lebih holistik perlu diambil agar tidak meminggirkan peruncit kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi setempat.