
Menteri komunikasi itu berkata penubuhan majlis berkenaan dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. Sekretariat adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara.
“Majlis ini akan merangkumi semua menteri besar, ketua menteri dan premier Sarawak sebagai ahli tetap dan (mesyuarat majlis) akan diadakan sejurus selepas mesyuarat menteri besar dan ketua menteri yang diadakan secara berkala,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri.
Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengenai pelanjutan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sehingga penghujung 2027.
Fahmi berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa terdapat keperluan untuk meneliti cabaran dihadapi beberapa sektor seperti penerbangan dan hospitaliti, untuk memastikan mereka tidak terlalu terkesan akibat krisis tenaga global.
Sementara itu, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas menteri pengangkutan Ling Liong Sik, yang meninggal dunia pada Sabtu lepas.
Jemaah Menteri juga meneliti beberapa kemudahan yang akan disediakan untuk keluarga Ling sebagai tanda hormat atas pemergian mendiang.