SPRM terima aduan RM500,000 dibayar kepada bekas menteri

SPRM terima aduan RM500,000 dibayar kepada bekas menteri

Penerimaan wang itu didakwa sebagai bayaran dana lobi atau politik melalui pihak perantara kepada tokoh politik tertentu.

macc sprm
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Hisyam Mohd Yusoff berkata aduan berkenaan akan diteliti untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan berkaitan dakwaan transaksi mencurigakan berjumlah RM500,000 melibatkan seorang bekas menteri ekonomi berkaitan projek mesin layan diri.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff, berkata aduan dan penyerahan dokumen itu diserahkan Sekretariat Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menerusi Pengerusi Biro Politik Shahbudin Embun, yang hadir bersama Razali Zakaria, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“SPRM telah menerima dokumen berkaitan dan akan menelitinya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, aduan itu susulan beberapa laporan media sebelum ini yang membangkitkan dakwaan RM500,000 dibayar sebagai dana lobi atau politik melalui pihak perantara kepada seorang tokoh politik tertentu.

Sebelum ini, bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, dilapor menafikan menerima rasuah dengan jumlah sama daripada pemilik NexG Bhd, Abu Hanifah Noordin untuk melanjutkan kontrak syarikat itu, pada 2023.

Ahli Parlimen Pandan itu, berkata dakwaan dibuat sebuah blog itu hanyalah tuduhan liar dengan garis masa dinyatakan adalah tidak selari dengan realiti semasa pada ketika itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.