4 anggota polis dilepas dengan jaminan SPRM

4 anggota polis dilepas dengan jaminan SPRM

Mereka dilepaskan kerana tempoh reman tamat, dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan.

logo sprm macc
SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan selepas empat anggota polis yang ditahan reman dilepaskan semalam.
KOTA BHARU:
Empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari bermula 7 Apr bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggar bernilai RM12,000 dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Semua anggota berkenaan difahamkan bertugas di sebuah IPD di negeri ini.

Menurut sumber, mereka dilepaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

“Suspek yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya.

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff, mengesahkan perkembangan itu. Keempat-empat suspek diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kelantan setiap bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.