
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata antara usaha berkenaan ialah menetapkan agensi peneraju mengikut sektor, tindakan tegas terhadap penyalahgunaan kad fleet, menubuhkan pasukan khas Ops Tiris 4.0 Sabah, Labuan dan Sarawak, serta memperluas penggunaan kad fleet Skim Kawalan Sistem Bersubsidi (SKDS).
“Keputusan utama dipersetujui mesyuarat tersebut ialah penetapan agensi peneraju bagi tiga sektor utama iaitu sektor darat akan diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, sektor sempadan oleh polis dan sektor perairan oleh maritim bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan secara bersepadu.
“Keduanya, tindakan tegas terhadap mana-mana pihak menyalahgunakan subsidi diesel, termasuk menggantung atau membatalkan kelulusan kad fleet di bawah SKDS serta subsidi diesel nelayan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat Sarawak.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Ali, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Mohamad Abu Bakar Marzuki.